Sunday, February 17, 2013

WANITA BANGLADESH HALAU BUSKERS TEMPATAN

Kes ini perlu dijadikan teladan.

"Abang, apa khabar?"

Tegur anak muda saya temui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Buat apa di sini?," soal saya.

"Busking," balasnya.

Spontan saya memerhatikan wajahnya. Dapat saya jangkakan, bak ada sesuatu terbuku  di hatinya. 

"Sekarang ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL membenarkan kegiatan busking untuk anak seni mencari rezeki. Kami hanya perlu menghantar dua keping gambar dan salinan MyKad. Kami boleh membuat persembahan secara statik tetapi pendapatan amat tidak memberangsangkan. Kalau dalam kumpulan lima orang hendak mendapat RM8 seorang dalam tempoh sejam pun susah," jelasnya.

"Mengapakah tidak busking di sini? Kawasan lapang dan mudah dilihat oleh orang lalu-lalang," soal saya.

Sambil itu mata saya memerhati gelagat wanita menjual pelbagai jenis stokin di tepi tapak binaan.


"Kalau kami busking di sini, wanita dan lelaki itu akan halau sebab macam berebut tapaklah kiranya," balas pemuda itu.

Pantas saya mendekati wanita terbabit.

"Excuse me. Where are you from?," soal saya.

"Bangladesh," jawabnya.


"Then you are not supposed to be here, selling socks. Next time if you see this guy, please leave because he is a legal citizen of this country. I think that you had better go now," ujar saya.


Kepada penguatkuasa DBKL, mohon kegiatan warga asing berniaga secara tidak sah di kawasan segi tiga emas itu dipantau. Saya tidak bercakap kosong, bukti bergambar dikemukakan.

Izinkan, warga tempatan mencari rezeki.

Lebih pelik lagi, dua warga asing di bawah kelihatan meminta derma di lokasi terbuka.

Longgar sungguhkah peraturan dan sistem perundangan di Malaysia ini?


Lebih menarik, dua lelaki secara selamba menampal kertas berpelakat di tiang. Perhatikan tulisan bahasa asing dicatatkan.

Tiada siapa memahami perincian servis mereka tawarkan.


Bukankah, tindakan itu dipanggil vandalisme? Cuba penguatkuasa DBKL menghubungi nombor tertera dan minta kedua lelaki itu menanggalkan kembali kertas digam di tiang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.